Pages

Tuesday 25 October 2011

Pilih Raya Umum 1955

Pilihan Raya Umum 1955 diadakan pada 27 Julai 1955, ini merupakan pilihan raya yang terunggul di Persekutuan Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan terdiri daripada:
·        Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMUM)
·        Persatuan Cina Malaya (MCA)
·        Kongres India Ae-Malaya (MIC)

Parti Perikatan telah memenangi 80% dalam pilihan raya, ini telah terbukti bahawa Parti Perikatan telah diterima oleh rakyat berdasarkan keputusan pilihanraya itu. Di beberapa kawasan yang kebanyakan pengundinya terdiri daripada orang Melayu, calon Parti Perikatan yang berbangsa Cina menang dengan mandapat undi yang banyak, dan di beberapa kawasan yang mempunyai kebanyakan pengundi Cina memilih calon Parti Perikatan yang berbangsa Melayu. Keadaan ini kelihatan lebih jelas lagi dalam keputusan pengundian di Batu Pahat. Calon MIC, Chelvasingam MacIntyre, yang mewakili Parti Perikatan, telah mengalahkan calon Parti Negara, seorang calon Melayu, dengan mendapat kelebihan 16,000 undi. Di Batu Pahat pada masa itu hanya ada 500 pengundi India dan 5,000 pengundi Cina, manakala yang lain semuanya orang Melayu.




0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment