Pages

Sunday 11 December 2011

Latihan - Kemerdekaan Malaysia

Latihan
View more documents from guathoon

Friday 9 December 2011

Latihan Tubi- Kegiatan Ekonomi

Kepentingan Kegiatan ekonomi

A) Jawab semua soalan di bawah.

1. Apakah kepentingan kegiatan ekonomi kepada sesebuah negara? 

   a) _________________________________________________ 

   b)_________________________________________________ 

   c)__________________________________________________ 

   d)__________________________________________________ 

2. Senaraikan bidang atau kegiatan ekonomi yang terdapat di Malaysia.

   a) __________________________________________________ 

   b)__________________________________________________ 

   c)__________________________________________________ 

   d)__________________________________________________ 

   e)__________________________________________________ 

   f)__________________________________________________ 

3. Bidang pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua sektor iaitu:

   a) __________________________________________________

   b)__________________________________________________ 

4. Berikan maksud bidang pekerjaan dalam sektor awam dan berikan contoh pekerjaannya.
   
    __________________________________________________ 

    __________________________________________________ 

    __________________________________________________ 

    __________________________________________________ 

5.   Berikan maksud bidang pekerjaan dalam sektor swasta dan berikan contoh pekerjaannya.

    __________________________________________________ 

    __________________________________________________ 
   
    __________________________________________________ 


Namakan kegiatan ekonomi dan senaraikan peluang pekerjaan yang disediakan bagi setiap gambar yang diberikan di bawah.

Thursday 8 December 2011

Latihan Tubi - Kegiatan Ekonomi dan Lokasi

Latihan Tubi
A) Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
  1. Industri membuat _________________ di Tanjung Malim, Perak dan Shah alam, Selangor.
  2. Industri membuat _________________ dan _________________ di Trengganu.
  3. Industri membuat badan ______________ di Rawang, Selangor.
  4. Industri membuat _______________ di Sibu, Sarawak.
besi     kapal     kereta     monorel     keluli
B) Industri ringan melibatkan proses membuat barangan pengguna. Berikan contoh industri ringan yang kamu tahu.
Contoh Industri Ringan
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
  • __________________________
C) Industri desa diusahakan di desa atau kampung dan dijalankan secara kecil-kecilan. Berikan contoh industri desa yang kamu tahu.
Industri Desa
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________

Wednesday 7 December 2011

Latihan - sumber tenaga alternatif

 Tuliskan jawapan yang betul di ruang yang disediakan.
  1.   Diperoleh daripada pereputan sisa hasil pertanian seperti sekam padi, hampas padi, hampas tebu, dan najis haiwan.
          ____________________________
    2.   Tenaga diperoleh setelah turbin digerakkan oleh damparan 
          dan lurutan ombak. 

          ____________________________    
    3.   Tenaga diperoleh daripada pancaran matahari. 

          ____________________________
    4.   Tenaga diperoleh setelah tiupan angin menggerakkan kincir
          angin. 

          ____________________________
    5.   Tenaga diperoleh daripada uranium dan plutonium. 

          ____________________________
    6.   Tenaga diperoleh dari air sungai yang diempang. Pelepasan 
          air dari empangan menggerakkan turbin untuk menghasilkan 
          tenaga.

         ____________________________

tenaga angin      tenaga solar      tenaga hidroelektrik
tenaga biomas      tenaga ombak      tenaga nuklear

Implikasi Kegiatan Ekonomi - Pencemaran

Pencemaran

kegiatan ekonomi mendapatkan sumber boleh menjejaskan kualiti udara dan air

Pencemaran udara berlaku akibat aktiviti penebangan dan pembakaran sisa kayu dikawasan hutan yang menyebabkan udara berjerubu.


                                                                   Pencamaran Udara


Pencemaran Air

Pencemaran laut berlaku akibat aktiviti mencari gali petroleum dan gas asli atau tumpahan minyat.




Implikasi Kegiatan Ekonomi - Perubahan Landskap

Perubahan Landskap Akibat Kegiatan
  • perubahan landskap berlaku akibat daripada kegiatan daripada perlombongan, pembalakan dan pembinaan empangan kuasa hidro elektrik.
  • kegiatan perlombongan biji timah dan kuprum yang menyebabkan wujudnya kolam-kolam lombong yang besar dan timbunan pasir.


Tanjong Tualang - Lombong biji timah kapal korek

Taman Tasik Taiping - bekas kolam lombong biji timah

The Mines Wonderland - bekas lombong biji timah 

 
  • kegiatan mendapatkan sumber petroleum dan gas asli menyebabkan kawasan sekitar pinggir laut dipenuhi oleh rangkaian pain dan tangki-tangki.
  • kegiatan pembalakan mengakitbatkan kawasan tersebut menjadi tandus dan gersang.


Akibat pembalakkan menjadikan tanah tandus

  •  kegiatan perlombongan dan pembalakkan menyebabkan permukaan bumi terdedah. 
  • pembinaan empangan kuasa hidro-elektrik menyebabkan pembentukan tasik yang menggelamkan kawasan yang terlibat. 

    Pembinaan empangan telah menyebabkan hutan tenggelam ke dalam air
    Berikut adalah pokok-pokok yang tenggelam ke dalam air

 

Sumbangan Kegiatan Ekonomi

A) Sumber Pendapatan Negara
  • Pertanian ( kelapa sawit dan getah)
  • Perhutanan (kayu balak, papan lapis, perabot, kertas, kayu gergaji)
  • Perlombongan (petroleum, gas asli, biji timah)
  • Perindustrian (elektronik, tekstil)
  • Perkhidmatan (bank, perniagaan)
  • Pelancongan (perhotelan, pengankutan)
B) Peluang Pekerjaan
  • Sektor pertanian
  • Sektor perlombongan
  • Sektor pelancongan
  • Sektor perindustrian
C) Pembangunan
  • Pembangunan kawasan (industri desa dan kraf tangan)
  • Infrastruktur yang baik
  • Pembangunan sumber manusia (pekerja mahir dan separuh mahir)
Faktor-faktor yang menggalakkan pembangunan ekonomi
  • dasar kerajaan
  • bahan yang mudah diperoleh
  • kemudahan pengangkutan
  • bahan api dan kuasa
  • lokasi
  • modal
  • tenaga kerja
  • pasaran yang baik

Sunday 4 December 2011

Kegiatan Ekonomi dan Lokasi



Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di negara kita

  1. Pelbagai bentuk muka bumi yang sesuai.
  2. Iklim yang sesuai.
  3. Pelbagai jenis tanih yang sesuai.
  4. Kaya dengan sumber/ bahan mentah.
  5. Kemudahan infrastruktur.
  6. Pasaran yang luas.
  7. Banyak buruh yang berpendidikan dan berkemahiran serta produktif .

Thursday 1 December 2011

Langkah Penggunaan Sumber Secara Optimun

Sumber Semula Jadi

A) Hasil Hutan 
Hutan Hujan Tropika















Hutan Pantai













 Hutan Paya












 Hutan Gunung




















B) Sumber Mineral
 Petroleum dan gas



















Emas















 
Tembaga














Batu Kapur
  















Arang Batu



















C) Hasil Laut
Ikan

Sotong
Ketam
Udang


Tuesday 29 November 2011

Kemakmuran Ekonomi

Malaysia memiliki pelbagai sumber untuk dimajukan yang dapat membangunkan ekonomi negara.

Kemakmuran ekonomi negara yang dicapai dapat dilihat melalui tiga aspek berikut ialah:
  • Pengeluaran negara








  • telekomunikasi









  • perhubungan dan pengankutan








 
Pengeluaran negara
Sektor utama yang menyumbangkan pendapatan negara ialah perindustrian, cari gali petroleum dan pertanian.

Berikut adalah jenis-jenis pengeluaran megara:





Telekomunikasi
Telekomonikasi merupakan bidang sains perhubungan yang terdiri daripada talian telefon, gentian optik, gelombang  radio dan statelit.

Perkembangan pesat telekomunikasi negara apabila Tun Dr Mahathir Mohammad merasmikan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 27 Jun 1998.

MSC ialah kawasan yang berasaskan teknologi maklumat. MSC merangkumi tempat-tempat yang berikut:
  • Menara Berkembar Petronas (KLCC)
  • Cyberjaya
  • Putrajaya



Kepentingan bidang telekomunikasi ialah:
  • Dapat bertukar maklumat dengan pantas
  • Memudahkan urusan perniagaan dengan rakan niaga di seluruh dunia
  • meningkatkan kecekapan pentadbiran negara

Perhubungan dan Pengangkutan
Pengangkutan negara kita dibahagi kepada 3 jenis iaitu pengangkutan darat, pengangkutan air dan pengangkutan udara.

Pengangkutan Darat

Lebuh Raya


                                                                     Keretapi


Pengangkutan Air  




Pengangkutan Udara




Kesejahteraan Negara

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demikrasi berparlimen da raj aberpelembagaan.
Amalan pemerintahan demokrasi termasuklah:
  • Kebebasan bersuara: Rakyat bebas menyuarakan pendapat, bebas bergerak, bebas berpersatuan dan bebas memiliki harta kekayaan asalkan tidak melanggar undang-undang.
  • kebebasan beragama: Agama Islam ialah agama rasmi negara manakala agama-agama lain bebas diamalkan.
  • Kebebasan memilih kerajaan: Melalui pilihan raya umum, rakyat diberi hak untuk memilih wakil yang memerintah di peringkat negeri dan peringkat pusat.
Berikut adalah proses-proses pilihan raya umum:

  1. Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
  2. Penamaan calon
  3. Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
  4. Pelancaran kempen pilihan raya oleh caoln dan parti yang bertanding
  5. Pengumuman tentang tempat pengiraan indi oleh SPR
  6. Pemberian kertas undi yang mengadungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di pusat pengundian.
  7. Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
  8. Pengiraan undi
  9. pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya



Sistem pentadbiran negara terbahagi kepada peringkat pusat (persekutuan) dan peringkat negeri.

Terdapat juga bidang kuasa dikendalikan bersama di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pembahagian bidang kuasa antara peringkat pusat dan peringkat negeri bertujuan untuk melicinkan pentadbiran negara.

Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Persekutuan. Manakala Perdana Menteri pula menerajui pentadbiran. Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri yang dikenali sebagai kabinet.

Sultan atau Yang di-Pertuan Negeriialah ketua di peringkat negeri.Menteri Besar atau Ketua Menteri menerajui pentadbiran yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Berikut adalah antara bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri:
   Kerajaan Pusat         
            Kewangan                                                         
           Kesihatan                                                        
           Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)              
           Keselamatan dalam negeri                               
           Pertahanan                                                        
           Pendidikan                                                         

     Kerajaan Negeri
            Undang-undang Islam
            Tanah
            Hari Kelepasan Negeri
            Jentera pentadbiran Kerajaan Negeri
            Pertanian dan perhutanan
            Penyu dan menangkap ikan di sungai















Monday 28 November 2011

Seni kraf

  1. Seni kraf memerlukan kemahiran terutama kemahiran menggunakn tangan untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional
  2. Masyarakat Melayu tradisional memiliki kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan pelbagai kraf tangan.
  3. Antara kraf tangan yang terdapat di negara kita seperti anyaman, tenunan, tekat, menghasilkan tembikar atau labu, pertukangan dan ukiran.
  4. Masyarakat Melayu menggunakan sumber semula jadi seperti buluh, daun mengkuang, tanah liat, rotan, emas, tembaga dan perak untuk menghasilkan barangan kraf tangan.
Jenis kraf tangan:
Anyaman:
tudung saji, tokar, bakul, nyiru, serkap, kerusi, lekar, bola sepak raga, terendak, bekas tembakau, bekas sirih dan dompet.




Pertukangan:
Tepak sirih, kaki lilin, gelas minuman dan barangan perhiasan diri.






Ukiran:
Hulu keris, sarung keris, perabot


Tenunan:
Kain songket, pua, dan dastar





Pembuatan tembikar:
Pasu iban, labu sayong, tembikar





Tekat:
Kipas tangan, penyangkut kelambu dan tetampan


Seni Tradisional- Seni Bina Bangunan

Kuil

Tokong Cina

Rumah Minangkabau

Rumah Panjang

Masjid

Rumah Melayu

Sunday 27 November 2011

Seni Tradisional- Seni Mempertahankan Diri

Silat -Kaum Melayu

Silamban- Kaum India

Wushu- Cina


 
 

Seni Tradisional- Permainan Tradisional

Sepak Takraw

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga.


Gasing
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.


Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Jenis-jenis wau adalah seperti wau burung, wau bulan, wau kucing, wau jalabudi dan wau merak.
Wau Kucing

Wau Merak

Wau Jalabudi

Wau Burung

Wau Bulan
Congkak
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.


Catur Cina ~Xing QI
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia.