Pages

Friday 28 October 2011

Proses Mencapai Kemerdekaan




Pada tahun 1785, Syarikat Hindia Timur  telah mendapatkan persetujuan daripada Sultan Kedah di mana pihak Syarikat dibenarkan untuk menduduki Pulau Pinang dengan syarat mereka membayar sewa tahunan dan membantu menentang musuh-musuh Sultan terutamanya pihak Siam di utara dan pihak Bugis di Selangor. Kapten Francis Light telah dilantik Pesuruhjaya di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur mengambil alih pulau itu secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Dengan ini bermula penjajahan British di Tanah Melayu. Pulau Pinang telah dijadikan sebagai jajahan takluk Benggala dan berada di bawah penguasaan Gabenor di Kalkatta. Tidak lama kemudian, Pulau Pinang telah menjadi sebuah pertempatan yang sibuk apabila pedagang-pedagang China dan India melihat kelebihannya untuk berhijrah ke sini kerana ia merupakan sebuah pelabuhan bebas dan tidak mengenakan cukai yang tinggi. Jumlah penduduknya meningkat dari 1,000 orang pada tahun 1788 kepada 12,000 orang pada tahun 1804 waktu mana orang Melayu merupakan jumlah penduduk yang paling ramai diikuti dengan orang India dan orang China.
Pada 15 Ogos 1795, angkatan Inggeris telah tiba di Melaka dan mengambil alih kuasa dari tangan Gabenor Belanda, Abrahamus Couperus. Walaupun berlaku tentangan terhadap penyerahan Melaka kepada Inggeris, ianya tidak mengakibatkan sebarang pergeseran di antara mereka. Melaka terus ditadbir oleh pegawai Belanda di bawah pengawasan seorang Residen Inggeris.
Berdasarkan Perjanjian Vienna pada tahun 1814, Melaka telah dikembalikan kepada Belanda pada 21 September 1818, namun Melaka diserahkan semula kepada pihak Inggeris pada 17 Mac 1824 berikutan Perjanjian London. Perjanjian ini membolehkan kedua-dua kuasa barat ini menumpukan perhatian mereka kepada kawasan jajahan masing-masing.
Pada tahun 1826, Pulau Pinang termasuk Seberang Perai, Melaka dan Singapura telah digabungkan untuk membentuk Negeri-negeri Selat. Pulau Pinang, yang merupakan penempatan terawal Inggeris telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Lama kelamaan, kepentingan Melaka semakin luput manakala Pulau Pinang pula semakin membangun. Namun begitu, kemajuan di Singapura juga telah meningkat dari segi jumlah penduduk dan perdagangan, lantas pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura pada tahun 1832. Negeri-negeri Selat berada di bawah penguasaan Gabenor Jeneral di Kalkatta. Walau bagaimanapun, pada tahun 1867, Negeri-negeri Selat diasingkan dari penguasaan Inggeris di India dan telah dijadikan sebuah Koloni Diraja secara langsung di bawah penguasaan Pejabat Tanah Jajahan di London.





Pada 13 Disember 1941, tentera Jepun telah berada di Kedah dan memulakan kemaraan mereka ke Singapura. Tentera Jepun mendarat di Singapura pada 8 Februari dan Singapura menyerah kalah kepada Jepun pada tanggal 15 Februari 1942.

Sabah jatuh ke tangan Jepun pada 19 Januari 1942 sementara Sarawak pula pada 1 April 1942. Pihak Jepun menubuhkan pentadbiran tenteranya di Malaya, yang bertahan selama 42 bulan. Penjajahan Jepun telah membawa penderitaan kepada kebanyakan penduduk. Penjajahan ini tamat apabila pihak Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.

Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  




Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara. Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. 
Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya  dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.
Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.
Pembubaran Kesatuan Malaya pada tahun 1948 telah memaksa pihak British untuk membuka jalan bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akibat daripada dua tekanan utama yang terdiri daripada peristiwa Darurat dan juga perkembangan pergerakan nasionalis Melayu iaitu UMNO, pihak British memperkenalkan sistem pilihanraya pada tahun 1951 di peringkat tempatan. 



Masalah dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan etnik utama di negara ini dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya diatasi dengan pembentukan pakatan di antara UMNO dan Persatuan Cina Malaya (Malayan Chinese Association-MCA) dan kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (Malayan Indian Congress-MIC). Ketika pilihanraya persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955, pakatan UMNO-MCA-MIC yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan yang besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Malaya. Pakatan tersebut telah berjaya memaksa British untuk melepaskan kuasa pemerintahan mereka dan pada 31 Ogos tahun 1957, Persekutuan Malaya telah mencapai kemerdekaannya.



Pengisytiharan Merdeka pada 31 Ogos 1957



Thursday 27 October 2011

Tokoh Kemerdekaan

 
Tunku Abdul Rahman  Putra
 
Tunku Abdul Rahman Putra dalam sepanjang hayatnya beliau telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.


Tun Sir Henry H.S. Lee

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.


Tun V.T. Sambanthan

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.





Tuesday 25 October 2011

Pilih Raya Umum 1955

Pilihan Raya Umum 1955 diadakan pada 27 Julai 1955, ini merupakan pilihan raya yang terunggul di Persekutuan Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan terdiri daripada:
·        Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMUM)
·        Persatuan Cina Malaya (MCA)
·        Kongres India Ae-Malaya (MIC)

Parti Perikatan telah memenangi 80% dalam pilihan raya, ini telah terbukti bahawa Parti Perikatan telah diterima oleh rakyat berdasarkan keputusan pilihanraya itu. Di beberapa kawasan yang kebanyakan pengundinya terdiri daripada orang Melayu, calon Parti Perikatan yang berbangsa Cina menang dengan mandapat undi yang banyak, dan di beberapa kawasan yang mempunyai kebanyakan pengundi Cina memilih calon Parti Perikatan yang berbangsa Melayu. Keadaan ini kelihatan lebih jelas lagi dalam keputusan pengundian di Batu Pahat. Calon MIC, Chelvasingam MacIntyre, yang mewakili Parti Perikatan, telah mengalahkan calon Parti Negara, seorang calon Melayu, dengan mendapat kelebihan 16,000 undi. Di Batu Pahat pada masa itu hanya ada 500 pengundi India dan 5,000 pengundi Cina, manakala yang lain semuanya orang Melayu.




Monday 24 October 2011

Tarian Tradisional

Tarian Kipas Cina 
 
Tarian Reben Merah
Tarian Joget

Boria

Kuda Kepang

Mak Yong 

Tarian Bharatnatyam
  
Tarian Odissi
 
 Tarian Sumazau

Tarian  Ngajat 
Tarian Datun Julud









Friday 21 October 2011

Makanan Tradisional Kaum Malaysia

Makanan Tradisional Kaum Melayu 

Nasi Lemak
Nasi Ladang

Nasi Briyani

Ayam Rendang

Ketupat

Lemang

Laksa
Sate

                                       Makanan Tradisional Kaum Cina
Zhong Zi

You Tiao

Nian Gao
Tang Yuan
Kuih Bulan
 
Makanan Tradisional Kaum India


Roti Naan

 Roti Canai

 Muruku
 Chapati

Tosai


Makanan Tradisional Kaum Lain

 Tapai

Nasi Bambu

Hinava Tinggi


Makanan yang dapat dinikmati di Malaysia




















Wednesday 19 October 2011

Perayaan yang disambut oleh kaum Malaysia

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, setiap kaum menyambut perayaan yang berbeza secara besar-besaran.

Perayaan di Malaysia 
Hari Raya (Umat Islam), Tahun Baru Cina (Orang Cina) dan Deepavali(Orang India)

                Thaipusam (Penganut Hindu)
Perayaan Hari Natal (Penganut Kristaian)
Sambutan Hari Wesak (Penganut Buddha)
Hari Keamatan (Kaum Kadazan)
Hari Gawai (Kaum Iban)

Kaum di Malaysia

Kaum-kaum di Malaysia



               Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang harmoni walaupun berbeza kaum. Antara tiga kaumutama di Malaysia ialah orang Melayu, orang Cina dan orang India. Selain itu, juga terdapat sebilangan kaum-kaum lain seperti orang Iban, orang Kaddazan, orang Penan, prang Belanau dan lain-lain lagi. Di tanah air Malaysia terdapat kira-kira 80 etnik, ini merupakan satu keunikan Malaysia, kerana semua rakyat boleh hidup dengan aman dan damai di bawah satu bumbung walaupun terdiri daripada kaum yang berlainan.
 


 
Penggunaan Bahasa
Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, setiap kaum mempunyai bahasa ibunda sendiri. namun begitu, semua kaum masih dapat berkamunikasi anatara satu sama lain kerana bahasa rasmi Malaysia ialah Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu). Semua kaum dapat berkomunikasi dengan penggunaan Bahasa Malysia, Bahasa Malaysia merupakan sebuah jambatan komunikasi kepada semua kaum di Malaysia. 

 
Agama
walaupun agama rasmi Malaysia ialah agama Islam, tetapi rakyat Malaysia bebas dalam menganuti agama lain seperti agama Buddha, agama Hindu dan agama Kristain.

 

Sunday 2 October 2011

Kawasan Sekolah

Bilik Alat Bantu Mengajar

Bilik Guru

Bilik Komputer

Dewan Sekolah

Bilik Kemahiran Hidup

Mural Sekolah

Pusat Sumber Sekolah

Taman Sekolah