Pages

Tuesday 29 November 2011

Kemakmuran Ekonomi

Malaysia memiliki pelbagai sumber untuk dimajukan yang dapat membangunkan ekonomi negara.

Kemakmuran ekonomi negara yang dicapai dapat dilihat melalui tiga aspek berikut ialah:
  • Pengeluaran negara








  • telekomunikasi









  • perhubungan dan pengankutan








 
Pengeluaran negara
Sektor utama yang menyumbangkan pendapatan negara ialah perindustrian, cari gali petroleum dan pertanian.

Berikut adalah jenis-jenis pengeluaran megara:





Telekomunikasi
Telekomonikasi merupakan bidang sains perhubungan yang terdiri daripada talian telefon, gentian optik, gelombang  radio dan statelit.

Perkembangan pesat telekomunikasi negara apabila Tun Dr Mahathir Mohammad merasmikan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 27 Jun 1998.

MSC ialah kawasan yang berasaskan teknologi maklumat. MSC merangkumi tempat-tempat yang berikut:
  • Menara Berkembar Petronas (KLCC)
  • Cyberjaya
  • Putrajaya



Kepentingan bidang telekomunikasi ialah:
  • Dapat bertukar maklumat dengan pantas
  • Memudahkan urusan perniagaan dengan rakan niaga di seluruh dunia
  • meningkatkan kecekapan pentadbiran negara

Perhubungan dan Pengangkutan
Pengangkutan negara kita dibahagi kepada 3 jenis iaitu pengangkutan darat, pengangkutan air dan pengangkutan udara.

Pengangkutan Darat

Lebuh Raya


                                                                     Keretapi


Pengangkutan Air  




Pengangkutan Udara




Kesejahteraan Negara

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demikrasi berparlimen da raj aberpelembagaan.
Amalan pemerintahan demokrasi termasuklah:
  • Kebebasan bersuara: Rakyat bebas menyuarakan pendapat, bebas bergerak, bebas berpersatuan dan bebas memiliki harta kekayaan asalkan tidak melanggar undang-undang.
  • kebebasan beragama: Agama Islam ialah agama rasmi negara manakala agama-agama lain bebas diamalkan.
  • Kebebasan memilih kerajaan: Melalui pilihan raya umum, rakyat diberi hak untuk memilih wakil yang memerintah di peringkat negeri dan peringkat pusat.
Berikut adalah proses-proses pilihan raya umum:

  1. Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
  2. Penamaan calon
  3. Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
  4. Pelancaran kempen pilihan raya oleh caoln dan parti yang bertanding
  5. Pengumuman tentang tempat pengiraan indi oleh SPR
  6. Pemberian kertas undi yang mengadungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di pusat pengundian.
  7. Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
  8. Pengiraan undi
  9. pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya



Sistem pentadbiran negara terbahagi kepada peringkat pusat (persekutuan) dan peringkat negeri.

Terdapat juga bidang kuasa dikendalikan bersama di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pembahagian bidang kuasa antara peringkat pusat dan peringkat negeri bertujuan untuk melicinkan pentadbiran negara.

Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Persekutuan. Manakala Perdana Menteri pula menerajui pentadbiran. Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri yang dikenali sebagai kabinet.

Sultan atau Yang di-Pertuan Negeriialah ketua di peringkat negeri.Menteri Besar atau Ketua Menteri menerajui pentadbiran yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Berikut adalah antara bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri:
   Kerajaan Pusat         
            Kewangan                                                         
           Kesihatan                                                        
           Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)              
           Keselamatan dalam negeri                               
           Pertahanan                                                        
           Pendidikan                                                         

     Kerajaan Negeri
            Undang-undang Islam
            Tanah
            Hari Kelepasan Negeri
            Jentera pentadbiran Kerajaan Negeri
            Pertanian dan perhutanan
            Penyu dan menangkap ikan di sungai















Monday 28 November 2011

Seni kraf

  1. Seni kraf memerlukan kemahiran terutama kemahiran menggunakn tangan untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional
  2. Masyarakat Melayu tradisional memiliki kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan pelbagai kraf tangan.
  3. Antara kraf tangan yang terdapat di negara kita seperti anyaman, tenunan, tekat, menghasilkan tembikar atau labu, pertukangan dan ukiran.
  4. Masyarakat Melayu menggunakan sumber semula jadi seperti buluh, daun mengkuang, tanah liat, rotan, emas, tembaga dan perak untuk menghasilkan barangan kraf tangan.
Jenis kraf tangan:
Anyaman:
tudung saji, tokar, bakul, nyiru, serkap, kerusi, lekar, bola sepak raga, terendak, bekas tembakau, bekas sirih dan dompet.




Pertukangan:
Tepak sirih, kaki lilin, gelas minuman dan barangan perhiasan diri.






Ukiran:
Hulu keris, sarung keris, perabot


Tenunan:
Kain songket, pua, dan dastar





Pembuatan tembikar:
Pasu iban, labu sayong, tembikar





Tekat:
Kipas tangan, penyangkut kelambu dan tetampan


Seni Tradisional- Seni Bina Bangunan

Kuil

Tokong Cina

Rumah Minangkabau

Rumah Panjang

Masjid

Rumah Melayu

Sunday 27 November 2011

Seni Tradisional- Seni Mempertahankan Diri

Silat -Kaum Melayu

Silamban- Kaum India

Wushu- Cina


 
 

Seni Tradisional- Permainan Tradisional

Sepak Takraw

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga.


Gasing
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.


Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Jenis-jenis wau adalah seperti wau burung, wau bulan, wau kucing, wau jalabudi dan wau merak.
Wau Kucing

Wau Merak

Wau Jalabudi

Wau Burung

Wau Bulan
Congkak
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.


Catur Cina ~Xing QI
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia.



Wednesday 23 November 2011

Seni Tradisional-Drama

                                                                  Opera Cina
 Opera Cina  turut dikenali sebagai Opera Beijing merupakan satu seni persembahan tradisional yang menggabungkan muzik, nyanyian, tarian dan akrobatik. Persembahan Opera Cina dipercayai telah wujud di Tanah Melayu semasa pendudukan Inggeris sekitar kurun ke-16. Seni persembahan ini diilhamkan oleh peniaga Cina yang telah bermastautin di Tanah Melayu sebagai  satu bentuk hiburan bagi mengisi masa lapang.

Wayang Kulit
 
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai mitos dan khayan dilarikan oleh seorang dalang.
Persembahan wayang kulit akan diiringi dengan satu kumpulan muzik sebagai membantu menghidupkan lagi watak-watak yang dimainkan. Antara peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit adalah seruni, gendang ibu, gendang anak, gendmbak ibu, gedombak anak, kesi, geduk ibu, geduk anak, canang dan gong.

Tuesday 22 November 2011

Seni Tradisional- Muzik

Muzik Tradisional-Muzik

    Dondang Sayang

Dondang Sayang merupakan nyanyian perantaraan, di mana persembahannya diiringi oleh permainan alat-alat muzik Melayu asli dan moden. Perkataan nyanyi dalam lagu Dondang Sayang adalah bermaksud pantun. Nyanyiannya akan didengar orang dengan penuh minat terletak pada kebolehan dan kecekapan para penyanyinya bersoal jawab atau berjual beli pantun. Alat-alat muzik yang mengiringi nyanyian Dondang Sayang adalah terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan dua atau tiga buah rebana iaitu rebana kompang atau rebana keras. Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Sementara tingkah pukulan rebana yang diselangi dengan paluan gong merupakan pelengkap lagu. Dondang Sayang juga sangat popular di kalang Baba Nyonya.














Orkestra Cina


Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit. Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.Alat muzik ini dapat mengalunkan irama yang mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika di Borneo.Antara pemuzik Sape yang terkenal adalah Jerry Kamit.


Tuesday 15 November 2011

Baju Tradisional

Baju tradisional Kaum Melayu 


Baju Tradisional Kaum Cina



Baju Tradisional Kaum India

                                 

 Baju tradisional Baba Nyonya

Pakaian Tradisional Malaysia


Pakaian Tradisional Wanita di Asia