Dondang Sayang
Dondang Sayang merupakan nyanyian perantaraan, di mana persembahannya diiringi oleh permainan alat-alat muzik Melayu asli dan moden. Perkataan nyanyi dalam lagu Dondang Sayang adalah bermaksud pantun. Nyanyiannya akan didengar orang dengan penuh minat terletak pada kebolehan dan kecekapan para penyanyinya bersoal jawab atau berjual beli pantun. Alat-alat muzik yang mengiringi nyanyian Dondang Sayang adalah terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan dua atau tiga buah rebana iaitu rebana kompang atau rebana keras. Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Sementara tingkah pukulan rebana yang diselangi dengan paluan gong merupakan pelengkap lagu. Dondang Sayang juga sangat popular di kalang Baba Nyonya.
Orkestra Cina
Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit. Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.Alat muzik ini dapat mengalunkan irama yang mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika di Borneo.Antara pemuzik Sape yang terkenal adalah Jerry Kamit.
0 comments:
Post a Comment