Amalan pemerintahan demokrasi termasuklah:
- Kebebasan bersuara: Rakyat bebas menyuarakan pendapat, bebas bergerak, bebas berpersatuan dan bebas memiliki harta kekayaan asalkan tidak melanggar undang-undang.
- kebebasan beragama: Agama Islam ialah agama rasmi negara manakala agama-agama lain bebas diamalkan.
- Kebebasan memilih kerajaan: Melalui pilihan raya umum, rakyat diberi hak untuk memilih wakil yang memerintah di peringkat negeri dan peringkat pusat.
- Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR
- Penamaan calon
- Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
- Pelancaran kempen pilihan raya oleh caoln dan parti yang bertanding
- Pengumuman tentang tempat pengiraan indi oleh SPR
- Pemberian kertas undi yang mengadungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di pusat pengundian.
- Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
- Pengiraan undi
- pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya
Sistem pentadbiran negara terbahagi kepada peringkat pusat (persekutuan) dan peringkat negeri.
Terdapat juga bidang kuasa dikendalikan bersama di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pembahagian bidang kuasa antara peringkat pusat dan peringkat negeri bertujuan untuk melicinkan pentadbiran negara.
Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Persekutuan. Manakala Perdana Menteri pula menerajui pentadbiran. Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri yang dikenali sebagai kabinet.
Sultan atau Yang di-Pertuan Negeriialah ketua di peringkat negeri.Menteri Besar atau Ketua Menteri menerajui pentadbiran yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Berikut adalah antara bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri:
Kerajaan Pusat
Kewangan
Kesihatan
Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
Keselamatan dalam negeri
Pertahanan
Pendidikan
Kerajaan Negeri
Undang-undang Islam
Tanah
Hari Kelepasan Negeri
Jentera pentadbiran Kerajaan Negeri
Pertanian dan perhutanan
Penyu dan menangkap ikan di sungai
0 comments:
Post a Comment